Halaman

5.2.13

SELAWAT ATAS NABI

Tidak terhitung akan jumlah pahalanya….

Rasulullah SAW bersabda: "Ketika aku di dalam perjalanan di malam hari untuk mi'raj ke langit, 

aku melihat ada malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan di setiap tanganNya seribu jari-

jemari. Ketika ia sedang menghitung dengan jari-jariNya, aku bertanya kepada Jibril. Siapakah 

malaikat itu dan apa yang sedang ia hitung? Jibril menjawab. Ia adalah malaikat yang ditugaskan 

untuk menghitung setiap titisan hujan, ia menghafal dan mengetahui setiap titisan hujan yang 

telah diturunkan dari langit ke bumi….

Aku bertanya kepada malaikat itu. Apakah kamu mengetahui berapakah jumlah titisan hujan 

yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia? Ia menjawab: Ya Rasulullah, 

demi Allah yang telah mengutusmu yang membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak 

hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga 

mengetahui secara tepat berapakah jumlah titisan hujanyang jatuh di lautan, di daratan, di atas 

bangunan, di kebun-kebun, di daratan yang bergaram, dan di tanah perkuburan…..

Rasulullah SAW bersabda: Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam 


menghitung. Ia berkata,.. Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan 

mengingatNya dengan hitung tangan dan jari-jemariku. Rasulullah SAW bertanya: Menghitung 

apakah itu? Ia menjawab. Aku tidak mampu menghitung jumlah pahala untuk selawat yang 

disampaikan oleh sekelompok ummatMu ketika namaMu disebut di suatu majlis…"

♥ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ♥

"Tolok ukur keimanan seseorang kepada ALLAH SWT bergantung kepada kecintaan kita kepada 


Rasulullah SAW & banyakNya selawat dan salam kita ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW."

~ Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid ~

19.12.12

Doa Untuk Menghindari Gangguan Syaitan

Doa Untuk Menghindari Gangguan Syaitan


أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ






Maksudnya : "Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui 
daripada gangguan syaitan yang direjam, daripada celaan, hembusan dan bisikannya."

(Riwayat Abu Daud no. 775)

4.11.12

KHUTBAH JUMAAT: 2/11/2012



 MUHASABAH AKHIR TAHUN

Hari ni bertugas menyampaikan khutbah tersebut: Antara intisari yang perlu direnungi...... 

Kita perlu lakukan 3 perkara:


1. Muhasabah - TAKWA; bertambah atau berkurang?


2. Muahadah - janji kita terhadap Allah, dah tunai atau belum? " sesungguhnya solatku,

ibadatku, hidupku, matiku semata-mata kerana Rabb sekalian alam"


3. Mujahadah - bercakap berdegar-degar tentang boikot barangan yahudi, tapi kat bibir rokok 

masih berasap; bukankah "UNTUNG" rokok tu yahudi yang dapat!



KENA MUJAHADAH TINGGALKAN ROKOK TU....... 


















16.10.12

RENUNGAN BERSAMA




Jirusan salji tazkirah dari al-Arif Billah Sayyidi Ibrahim Adham qaddasallahu sirrah :



21.7.12

PERSEDIAAN MEMASUKI RAMADAN

Sebelum menyampaikan khutbah, dimaklumkan kepada para jemaah sekalian:

Bagi Negeri Kelantan Darul Naim.

Harga zakat fitrah pada tahun ini - RM7.00

Harga zakat harta bagi haul antara Ramadan 1433H - Ramadan 1434H : RM13,900.00


KHUTBAH JUMAAT 20/7/2012

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah:183)

Intisari khutbah kali ini:

1. Marilah menyatakan kegembiraan kita dengan tahmid dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita dapat bertemu lagi dengan Ramadan Al-Mubarak.




2. Kedatangan Ramadan hendaklah kita sambut dengan membuat persediaan yang cukup, bermuhasabah diri serta  meneliti segala gerak geri perjalanan kita yang lalu.

3. Orang yang cerdik sebenar-benarnya ialah orang yang selalu menghitung diri dan beramal untuk kepentingan selepas mati. Orang yang tidak cerdik ialah orang yang terpesona dengan kehidupan dunia yang haram dan tidak berfaedah.

4. Allah SWT telah menyediakan pada bulan Ramadan ini beberapa keistimewaan dan kelebihan yang banyak sebagai anugerah dan hadiah yang berharga daripadaNya kepada kita. Seperti digandakan pahala amal kebajikan, memberi keampunan kepada orang yang bertaubat.

5. Sabda Rasul SAW maksudnya: " Datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang diberkati, Allah SWT telah mewajibkan keatas kamu berpuasa didalamnya, dalam bulan Ramadan semua pintu langit dibuka. Semua pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Allah mempunyai suatu malam terlebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa yang terhalang dari kebajikannya maka sesungguhnya ia terhalang (dari banyak kebaikan). - Hadis riwayat an-nasae'i dan al-baihaqi

6. Sesiapa yang tidak berpuasa Ramadan bererti dia telah melakukan dosa besar, kerana puasa adalah satu rukun daripada rukun-rukun Islam dan ia telah mencabul kehormatan dan kemuliaan bulan Ramadan.

7. Berpuasalah dengan sempurna. Peliharalah adab-adab berpuasa seperti bersahur, segera berbuka, berdoa ketika berbuka dan sebagainya.

8. Tambahlah ibadah dalam bulan Ramadan yang berkat ini sebanyak-banyaknya, khususnya di malan sepuluh akhirnya Ramadan. Di mana terdapat dalam sepuluh akhir ini Lailatur Qadar. Usahakan supaya dapat bersembahyang fardu dengan berjemaah, hidupkan malam Ramadan dengan sembanhyang terawikh, berzikir, beristighfar, berdoa dan membaca Al-Quran kerana puasa dan Al-Quran boleh meminta syafaat untuk menolong tuannya di hari akhirat nanti.

9. Buanglah dalam bulan Ramadan ini tabiat merokok, suka membazir harta, wang dan waktu pada tempat-tempat yang tidak berfaedah.

10. Perbaharuilah taubat kepada Allah, mudah-mudahan mendapat keampunanNya dan dimasukkan kedalam kalangan orang-orang soleh dan bertakwa.