Esok tiba giliran ustaz untuk menyampaikan khutbah jumaat yang bertajuk: PENCEGAHAN "PENGAMAL RASUAH PENGKHIANAT NEGARA".
Antara intisari yang dapat kita kongsi bersama:
- Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Berdasarkan dalil qati' iaitu al-quran , as-sunnah dan ijmak ulama. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah:188 maksudnya:
Dan janganlah kamu makan harta orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim keran hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)
- Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabari:
Mafhumnya: "Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk kedalam api neraka"
- Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadat solat dan doa kita. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan rasuah, ibadat dan doa kita menjadi sia-sia, justeru akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT.
- Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka sekali lagi diingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:
- Menjamin kesinambungan nasab atau keturunan kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti.
- Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan
- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah
- Membuktikan bahawa amalan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan