Sebelum menyampaikan khutbah, dimaklumkan kepada para jemaah sekalian:
Bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
Harga zakat fitrah pada tahun ini - RM7.00
Harga zakat harta bagi haul antara Ramadan 1433H - Ramadan 1434H : RM13,900.00
KHUTBAH JUMAAT 20/7/2012
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah:183)
Intisari khutbah kali ini:
1. Marilah menyatakan kegembiraan kita dengan tahmid dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita dapat bertemu lagi dengan Ramadan Al-Mubarak.
2. Kedatangan Ramadan hendaklah kita sambut dengan membuat persediaan yang cukup, bermuhasabah diri serta meneliti segala gerak geri perjalanan kita yang lalu.
3. Orang yang cerdik sebenar-benarnya ialah orang yang selalu menghitung diri dan beramal untuk kepentingan selepas mati. Orang yang tidak cerdik ialah orang yang terpesona dengan kehidupan dunia yang haram dan tidak berfaedah.
4. Allah SWT telah menyediakan pada bulan Ramadan ini beberapa keistimewaan dan kelebihan yang banyak sebagai anugerah dan hadiah yang berharga daripadaNya kepada kita. Seperti digandakan pahala amal kebajikan, memberi keampunan kepada orang yang bertaubat.
5. Sabda Rasul SAW maksudnya: " Datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang diberkati, Allah SWT telah mewajibkan keatas kamu berpuasa didalamnya, dalam bulan Ramadan semua pintu langit dibuka. Semua pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Allah mempunyai suatu malam terlebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa yang terhalang dari kebajikannya maka sesungguhnya ia terhalang (dari banyak kebaikan). - Hadis riwayat an-nasae'i dan al-baihaqi
6. Sesiapa yang tidak berpuasa Ramadan bererti dia telah melakukan dosa besar, kerana puasa adalah satu rukun daripada rukun-rukun Islam dan ia telah mencabul kehormatan dan kemuliaan bulan Ramadan.
7. Berpuasalah dengan sempurna. Peliharalah adab-adab berpuasa seperti bersahur, segera berbuka, berdoa ketika berbuka dan sebagainya.
8. Tambahlah ibadah dalam bulan Ramadan yang berkat ini sebanyak-banyaknya, khususnya di malan sepuluh akhirnya Ramadan. Di mana terdapat dalam sepuluh akhir ini Lailatur Qadar. Usahakan supaya dapat bersembahyang fardu dengan berjemaah, hidupkan malam Ramadan dengan sembanhyang terawikh, berzikir, beristighfar, berdoa dan membaca Al-Quran kerana puasa dan Al-Quran boleh meminta syafaat untuk menolong tuannya di hari akhirat nanti.
9. Buanglah dalam bulan Ramadan ini tabiat merokok, suka membazir harta, wang dan waktu pada tempat-tempat yang tidak berfaedah.
10. Perbaharuilah taubat kepada Allah, mudah-mudahan mendapat keampunanNya dan dimasukkan kedalam kalangan orang-orang soleh dan bertakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan