WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA
Firman Allah Taala,
maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan
agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7,
Al-Anbia').
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.
(ابن ماجه وغيره)
Dari Anas bin Malik r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu
fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."(Ibnu Majah
dan Lain-lainnya).
Hadis ini
mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan -
mempelajari ilmu agama.
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.
Menurut kitab Al-Furuq
dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin"
dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah"
menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak
harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia
mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang
hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari
hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa, memberi
sewa, mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum
Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari
hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang
hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang
mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah
tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak
mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah
dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak
beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu
taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa
ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah
dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya
serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan
dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu
yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan
dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih
lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis, yang kebanyakannya
menghidangkan madu bercampur racun.
Rujuk: Kitab Mastika Hadis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan