Halaman

3.3.10

BERAMAL TANPA MAZHAB?





MAMPUKAH BERAMAL TANPA MAZHAB




Mutakhir ini wujud fenomena di kalangan muda-mudi yang ghairah untuk beramal
hanya melalui pembacaan terus daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Setiap hukum
yang diketengahkan oleh kitab-kitab fiqh mazhab akan dipersoalkan dalil dan
sumbernya. Fenomena ini membuatkan para ilmuan agama terpaksa memberi dua
pendekatan jawapan. Sama ada menjawab berpandukan kitab fiqh mazhab atau
terus membentangkan dalilnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah serta sumber-sumber
hukum yang lain.


Di sini timbul persoalan, adakah golongan ini benar-benar ingin mengetahui dalil iaitu
bagi memperkuatkan kefahamannya terhadap hukum? Atau, adakah mereka sudah
mula meragui fiqh berlandaskan mazhab dan hanya mahu memahami hukum terus
daripada sumbernya iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.



Sekilas pandang, ia suatu perkembangan yang baik, kerana ummah ingin belajar
mengetahui dalil. Atau lebih tepat ingin terus belajar melalui al-Qur’an dan al-
Sunnah. Sememangnya tidak dapat diragukan bahawa kita diwajibkan berpegang
kepada kedua-duanya. Namun apa akan terjadi jika seseorang awam diberikan
suatu manhaj yang tidak tahu digunakan. Manhaj tersebut ialah belajar secara
‘langsung’ daripada al-Qur’an dan al-Sunnah!







Sebagai seorang awam yang tidak mendalami agama secara rinci, tidak mendalami
nas-nas syara‘ secara halus, bahkan tidak bertemu nas-nas syara‘ melainkan hanya
dalam jumlah yang amat terbatas. Wajarkah orang seumpama ini mengatakan, itu
tidak menepati al-Sunnah. Itu tiada dalam al-Qur’an. Itu hanya rekaan tradisi
masyarakat Melayu. Itu hanya adat semata-mata. Itu bid’ah! Dan pelbagai lagi
telahan yang mungkin akan dibuat kerana berpandukan manhaj yang diajar oleh
gurunya.







Bukankah suasana seperti ini boleh membawa mereka terjebak ke dalam
pendustaan di atas nama Allah dan Rasul-Nya. Mungkin banyak nas-nas syara‘ yang
boleh diistidlal terhadap sesuatu hukum syara‘, tetapi disebabkan kejahilannya
tentang nas tersebut atau ketidakupayaannya dalam berijtihad dan memahami nas
maka dia menafikan kewujudan sesuatu hukum.







Oleh itu mengajak masyarakat untuk meninggalkan mazhab atas alasan kembali
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah adalah suatu usaha yang sia-sia. Mazhab
seharusnya difahami sebagai sebuah disiplin ilmu (manhaj) untuk kita memahami al-
Qur’an dan al-Sunnah. Di Malaysia, kita berpegang kepada mazhab Syafi’i
khususnya dalam bab ibadat dan munakahat atau disebut juga fardhu ’ain. Namun
dalam bidang-bidang lain seperti mu’amalat, jinayat, kehakiman dan perundangan
serta isu-isu kontemporari, jelas menunjukkan kerajaan dan umat Islam tidak terikat
hanya kepada mazhab Syafi’i. Oleh itu tuduhan bahawa umat Islam di Malaysia
mewajibkan berpegang kepada satu mazhab dalam kesemua masalah adalah
sesuatu yang keterlaluan.







Berpegang kepada mazhab Syafi’i dalam bab fardhu ’ain sepertimana yang
diamalkan sekarang bukanlah bermakna kita menolak pandangan mazhab-mazhab
lain. Pendirian ini dipegang hanyalah berdasarkan ketidakmampuan seseorang untuk
beramal dalam ibadatnya. Sememangnya hukum asal berpegang kepada mazhab itu
tidak wajib, namun bagi selain mujtahid, beramal dengan fatwa mujtahid (mazhab)
adalah wajib memandangkan tiada lagi jalan lain untuk mengetahui hukum syara‘
melainkan dengan mengikuti mazhab.







Dalam hal yang sama, seseorang awam itu juga tidak mampu untuk melakukan tarjih
iaitu menilai pendapat atau dalil yang terkuat antara mazhab. Ketidakmampuan itu
memerlukannya untuk berpegang kepada mazhab yang dianutinya sahaja. Dr.
Muhammad Said Ramadhan al-Buti menegaskan seseorang yang mampu membuat
tarjih di antara mazhab-mazhab itu, bermakna dia adalah seorang mujtahid dan
keilmuannya sudah tentulah mengatasi keilmuan para mujtahid mazhab-mazhab
terdahulu.







Kesimpulannya, hanya dengan penguasaan disiplin ilmu yang tinggi sahaja,
seseorang mampu untuk membuat pemilihan mana yang paling sahih dan paling
benar antara mazhab-mazhab tersebut. Sekaligus perkara ini sudah tentu mustahil
berlaku kepada golongan awam.



-------X-----------------


SAMA-SAMALAH KITA MENAMBAHKAN ILMU DEMI KEBENARAN, DEMI MENAMBAHKAN PENGUASAAN DISIPLIN ILMU......

2 ulasan:

  1. janganlah menjadikan agama itu terbahagi-bahagi
    Janganlah bersikap melampaui batas
    semua mazhab boleh disatukan kembali dengan musyawarah para ulama
    Nabi saw tidak menganjurkan taqlid buta
    Janganlah menyembah alim ulama
    kerana sikap berlebihan maka terpecahlah agama kepada beberapa bahagian
    Bersatu kembali dan musyawarahlah bersama
    Jangan hanya syafii r.a sahaja memonopoli semua topik fiqh ini adalah satu tindakan pendewaan padahal sayafii tidak memfatwakan demikian.
    Berimamlah kepada satu imam sahaja ..umat Islam tidak dibatasi sempadan negara
    Musyawarah para ulama tidak mustahil dan kita para umat perlu taat kepada ulil amri setelah pemurnian kembali dilaksanakan
    Apabila Islam cuma tinggal nama ISLAM
    maka tunggulah kejatuhan tentera kafir
    dengarlah semua pendapat dan ambillah yang terbaik
    itulah cara Allah mengajar kita mempergunakan akal...
    kamu cuma membantu syaitan untuk menjadikan umat kita taqlid jumud dan tak berakal
    kembalilah kepada jln yang lurus
    wahai mereka yang berlebihan
    wahabi,sunni,syiah,khawarij,muktazillah,anti hadis,islam liberal dll...
    sikap kamu yg berlebihan mendewakan ulama masing-masing menyebabkan kamu tersasar....
    kerana imam kamu harus diambil semua pendapatnya dan tdk dbnrkan mengamalkan pndpt lain takut org tersesat kononnya,
    mengharamkan benda baik yang halal,
    mensucikan imam,
    kebebesan yg keterlaluan
    hak asasi meniru barat shingga menghina hukum
    jgn dipersoalkan tindakan ulama
    bknkah ini berlebihan seolah-olah kata-kata mereka menyamai ayat Furqan?
    tak boleh dibantah lagi?
    Allah menurunkan perintah musyawarah, semua ulama mazhab bertanggungjawab melaksanakannya ..dan kita sbg umat mesti taat dan menegur apa yang patut
    Bukan kami org awam menunbjuk pandai
    TAPI APA BUKTI KEJAYAAN ISLAM SETELAH JATUH KE TANGAN ORANG YANG MELAMPAUI BATAS SEPERTI KAMU?
    TUNJUKKAN BUKTI KEJAYAAN KAMU BERBANDING ISLAM TANPA MAZHAB ZAMAN NABI saw
    Abu Bkar,Umar,Uthman,Ali r.a pernah berbeza pandangan tetapi tdklah wujud mazhab Abu Bakar,Umar,Uthman Ali..dan mereka tidak memonopoli semua hukum fiqh dengan pendapat seorang khalifah semata-mata
    Kecuali setelah itu datanglah org yang berlebihan mengagungkan Ali r.a dan mengagungkan para Imam di kalangan Sunni dan Syiah
    Kembalilah......

    BalasPadam
  2. janganlah bergantung kepada seorang ulama sahaja..ulama masakini semua mazhab pelu mengadakan sidang tergempar untuk membetulkan kesesatan menghilangkan Mazhab(Sunnah Rasullullah tidak bermazhab)
    menghilangkan monopoli mazhab dalam semua ajaran agama..
    Musyawarahlah kerana diri manusia itu bukannya sempurna
    Kami org awam sudah jemu dipecahkan,dibodohkan,malah mengetahui isi Al-Quran kadangkala dilarang (cuma dajar melagukan sahaja)
    adakah ini plan penjajah untuk kita
    Musyawarahlah sebagaimana yang diperintahkan
    Nabi mengajar kita bersatu bukannya untuk mengira panjang serban dan berapa lapis kopiah yang dipakai

    BalasPadam